Pada zaman Rasulullah SAW, semua orang yang hidup di kota Medinah dan di persekitarnya dianggap sebagai satu masyarakat. Pada masa itu, non muslim seperti orang2 mushrikin dan ahlul kitab mendapat perlindungan terhadap agama dan kekayaan mereka selagi mereka menunjukan kesetiaan dan toleransi terhadap umat Islam.
Toleransi (at-tasamuh) merupakan elemen yang amat penting dalam ajaran Islam. Al Quran menyarankan umat manusia yang terdiri dari pelbagai bangsa, bahasa dan agama serta latar belakangan yang berbeza2, agar hidup berdampingan dalam suasana penuh kedamaian dan harmoni. Firman Allah SWT:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)..."(QS 49:13)
Kelompok non muslim di Medinah pada zaman Rasulullah SAW diberi kebebasan beragama dan melaksanakan upacara keagamaan mereka. Mereka diberi kebebasan berniaga dan berurusan dengan umat Islam secara adil.
Mereka juga diberi jaminan tidak akan dipaksa masuk agama Islam (QS 2:256). Islam memberikan kepada manusia kebebasan menentukan pilihan beragama, bahkan dalam hal-hal yang berkaitan dengan keyakinan akidah sekalipun. Allah SWT berfirman:
Dan katakanlah: "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya..." (QS 18:29)
Islam adalah agama pembawa rahmat kepada seluruh umat manusia sebagaimana yang termaktub dalam Al-Qur’an, Allah SWT mengutuskan rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW sebagai “rahmat bagi semesta alam.” (QS 21:107)
Oleh itu, ia adalah kewajipan kita bersama yang mengaku diri kita sebagai seorang Muslim untuk menjalin hubungan yang baik dan adil serta hidup secara damai dan sejahtera bersama mereka yang belum Islam sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT dan Rasul-Nya.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.