Search This Blog

Bagaimana nak tarbiah Makcik Bawang




Dah serik ditanya bila lagi nak kahwin apabila balik kampung berhari raya? Dah berbulu dengan soalan sampai bila nak membujang? Dah boring gila dengan pertanyaan makcik bawang kenapa tak berusaha mencari jodoh? Atau dah berkerut dahi setiap kali ditanya bila nak beranak setelah berkahwin?

Islam adalah agama yang meliputi segala-gala aspek kehidupan manusia, termasuklah kurniaan jodoh dan nasab. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan). Dan tidak ada seorang perempuanpun mengandung dan tidak (pula) melahirkan melainkan dengan sepengetahuan-Nya. Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lauh Mahfuzh). Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah." (QS 35:11)

Adalah Allah SWT yang mencipta pasangan-pasangan untuk manusia supaya spesis ini terus membiak dan berkembang. Segala-galanya telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah SWT. Dialah yang menentukan bila kita berkahwin dan bila kita akan dikurniakan keturunan. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (QS 35:2)

Oleh itu, lain kali apabila disoal oleh makcik bawang, "Abang dah kahwin, kakak dah kahwin, kamu bila lagi?” Atau, "Dah sepuluh tahun kahwin, bila nak beranak?"

Maka jawablah dengan tenang, "Dalam Islam rukun iman ada 6. iaitu:

1. Beriman Kepada Allah
2. Beriman Kepada Malaikat
3. Beriman Kepada Kitab
4. Beriman Kepada Nabi Dan Rasul
5. Beriman Kepada Hari Kiamat
6. Beriman Kepada Qada Dan Qadar

Rukun iman yang terakhir adalah beriman dengan Qada dan Qadar. Dengan beriman kepada Qada dan Qadar, kita percaya bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu yang terletak di dalam kekuasaanNya.

Pastu tanyalah makcik bawang itu, "Makcik beriman tak dengan Qada dan Qadar"

Pastu buat muka 20 sen...


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.