Jom boikot produk-produk harga terlebih, produk-produk tidak berkualiti dan produk yang menipu pembeli. Jom boikot kedai-kedai makan yg kotor, perkhidmatan yang kerja sambil lewa dan yang sombong pada pelanggan.
Jom boikot pemimpin yg tidak amanah, yg mencuri, yg rasuah dan yg merampas hak rakyat. Jom boikot agamawan yg menunggang agama, yg suka maki hamun, yg suka tabur fitnah, yg putar belik dalil, yg sebar hadis palsu, yg ajar amalan khurafat dan yg jual kismis otak pintar...
Sebenarnya Islam ajar kita boikot banyak benda dan perkara, apa yg Islam tidak ajar adalah boikot barangan orang yg belum Islam atau non-Muslim. Mungkin ramai yg terlupa bahwa:
1) Rasulullah SAW dibesarkan oleh orang non-Muslim. (Abi Talib)
2) Kaum non-Muslim telah mengajar Rasulullah SAW bagaimana menjadi seorang ahli perniagaan yang baik (Kaum Quraisy)
3) Rasulullah SAW telah dibimbing dan dididik oleh kaum non-Muslim sehingga menjadi seorang yang jujur dan amanah (al-amin).
4) Ramai non-Muslim datang dari seluruh pelusuk dunia untuk menyokong Rasulullah SAW. (para Sahabat)
5) Seorang non-Muslim memberitahu Rasulullah SAW bahwa Allah SWT telah memilihnya untuk menjadi Nabi. (Waraqah)
6) Seorang Raja non-Muslim telah memberi perlindungan kepada para Muslimin ketika nyawa mereka diancam. (Raja Abisinia)
(...dan banyak lagi)
Dan jangan lupa bahwa 400 tahun dahulu moyang anda juga adalah non-Muslim. Jika saudagar-saudagar Islam yang datang ke Malaysia (untuk berdagang) benci non-Muslim seperti kamu, nescaya moyang kamu akan kekal jadi seorang non-Muslim sehingga ke hari ini. Dan kamu juga...
Ada kawan saya kata bukan boikot tapi utamakan produk Muslim dan Bumiputra, saya kata pada dia jika produk Muslim itu harga giler-giler, produk tak berkuality, produk tipu pembeli, adakah kita juga perlu mengutamakannya?
Sebenarnya untuk memajukan ekonomi umat Islam, kita tidak perlu boikot atau 'utamakan' barang sesiapa pun kerana perbuatan ini hanya menunjukkan produk Muslim tiada daya saingan dalam pasaran tempatan sahaja.
Apa yg perlu kita buat adalah meningkatkan mutu & kualiti produk kita dan memberi perkhidmatan jualan yg baik kepada pelanggan.
Apabila pelanggan rasa produk dan servis jualan kita lebih baik dari yang lain, maka mereka pasti akan beli dari kita.
Hanya produk-produk yang tiada daya saingan sahaja yang akan menggunakan helah seperti 'boikot/utamakan' untuk melariskan jualan mereka. Jika kita sokong produk-produk sebegini, ia hanya akan mewujudkan lebih ramai peniaga kurang upaya.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.