Ilmu mantiq bermaksud ilmu logic atau 'the science of logic. Logic dalam bahasa English bermaksud 'perkataan yang benar' atau 'hujah yang benar'. Untuk memperolehi hujah yang benar, kita memerlukan pemikiran yang benar. Untuk fikir dengan benar, kita memerlukan ilmu yang benar.
Apabila timbul sesuatu masalah, kita memerlukan ilmu yang benar untuk memahami masalah tersebut dan seterusnya mengilhamkan suatu penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah itu. Selepas itu, kita perlu menjelaskan kaedah itu kepada orang-orang lain agar mereka dapat memahami kaedah tersebut dengan mudah.
Inilah apa yang dimaksudkan dengan ilmu mantiq. Manusia memerlukan ilmu mantiq untuk elak dari kesilapan. Setiap manusia diberi keupayaan untuk berfikir dan pemikiran seseorang itu dibentuk oleh ilmu (knowledge) yang terdapat dalam dirinya. Jika ilmunya benar, maka cara pemikirannya juga akan menjadi benar. Jika pemikirannya benar, maka hujahnya juga akan menjadi benar.
Hujah yang benar akan senang difahami dan diamali oleh masyarakat umum. Contohnya, ilmu mantiq dalam perundangan Islam adalah usul al-fiqh. Ilmu usul al-fiqh merangkumi formula-formula (kaedah) benar untuk menyelesaikan masalah-masalah keagamaan dengan bersumberkan dalil dari al-Quran dan Hadits.
Manusia mewarisi ilmu mantiq dari zaman ke zaman melalui perkembangan ilmu. Muslim menguasai ilmu mantiq dalam perundangan Islam sejak dari zaman Rasulullah SAW sehinggalah ke era para imam fuquha (mujtahid mutlak) dan para pengumpul hadits seperti imam Bukhari dan imam Muslim.
Secara ringkas, ilmu mantiq adalah ilmu membuat kesimpulan secara benar untuk memudahkan masyarakat umum memahami dan mengamalkannya. Ia adalah garis panduan dalam aspek pemikiran dan berhujah dengan benar untuk elak dari kesalahan dan kesilapan.
Ilmu mantiq adalah usaha manusia untuk mencari dan memperkembangkan kebenaran. Oleh itu, apabila datangnya seorang mangkuk berhujan dengan cara belit-belit dan pusing-pusing sehingga masyarakat umum keliru dan tidak memahami sepatah jadah dari kata-katanya, maka itu bukanlah ilmu mantiq, itu adalah ilmu putar-alam.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.