Hadis Ghadir Khum adalah salah satu daripada hadis sahih yang masyhur (ada yang kata mutawatir maknawi) yang sering dijadikan sebagai hujah oleh kaum Syiah untuk membuktikan penobatan Ali bin Abu Thalib sebagai Khalifah Ar-Rasyidin selepas Rasulullah SAW.
Khum adalah sebuah sungai (wadi) yang terletak berdekatan dengan perkampungan Jifrah, diantara Kota Makkah dan Madinah. Dalam perjalanan pulang ke Madinah setelah menunaikan ibadah haji wada (Hijjatul-Wada'), baginda telah menerima wahyu dari Allah SWT melalui malaikai Jibrail yang berbunyi:
"Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir." (QS 5:67)
Dalam ayat ini, Allah SWT telah menggunakan kata balligh (sampaikan), yang menunjukkan perintah Allah yang sifatnya memaksa. Ayat perintah ini terdapat ancaman Allah jika Rasulullah tidak mengerjakan perintah tersebut. Ini menunjukkan betapa pentingnya message yang ingin disampaikan oleh Allah SWT.
Terdapat 3 perkara penting pada ayat ini, iaitu:
1) Rasulullah SAW diperintahkan untuk menyampaikan sesuatu hal yang penting
2) Allah menjaga Rasulullah dari gangguan (kejahatan) manusia
3) Ancaman Allah kepada orang-orang yang tidak menerima apa yang disampaikan oleh Rasulullah
Maka Rasulullah SAW pun mengumpul para sahabat dan menuju ke sungai Khum untuk menyampaikan khutbahnya. Sabda Rasulullah SAW (sambil mengangkat tangan Ali) yang bermaksud:
“Man kuntu maula fa Aliyyun maula"
(Maksudnya: Siapa yang menjadikan aku sebagai maula-nya maka Ali adalah maula-nya juga)
Telah berlaku khilaf dikalangan ulama terhadap istilah 'maula' yang terpakai dalam hadis ini. Diantara perbezaan maksud (takwil) istilah 'maula' dikalangan ulama adalah pemimpin, pelanggan, penaung, rakan kongsi, sahabat yang dicintai, kekasih dan sebagainya.
Terdapat riwayat yang mengatakan bahwa semasa Ali bin Abu Thalib diutuskan sebagai ketua pemimpin ke Yaman, telah berlaku perbalahan diantara beliau dengan kepimpinan Khalid bin Walid. Maka untuk mengukuhkan kepimpinan Ali, Rasulullah SAW telah menyamakan kepimpinan Ali dengan kedudukan baginda (maula) sendiri.
Dalam banyak-banyak maksud (takwil) istilah 'maula', ia tidak pernah dimaksudkan dengan 'Khalifah Ar-Rasyidin' sebagaimana yang telah ditakwil oleh penganut aliran Syiah. Jika Rasulullah SAW ingin menobatkan Ali sebagai Khalifah Ar-Rasyidin selepasnya, maka sudah tentu baginda akan menyebut sedemikian (tanpa khilaf) dalam 23 tahun kerasulan baginda.
Perkara sekecil istinjak dengan 3 biji batu pun ada arahan yang jelas dari Rasulullah SAW, kenapa pulak perkara besar seperti penobatan Ali sebagai Khalifah Ar-Rasyidin tidak ada arahan dari baginda?
Jika benar Ali bin Abu Thalib telah dizalimi oleh para sahabat, kenapa beliau menikahkan anak perempuannya Ummu Kultsum kepada Umar bin Khattab?
Kalau benar Ali bin Abu Thalib telah ditindas oleh para sahabat, mengapa Ali masih menamakan anak-anak beliau sebagai Umar dan Utsman?
footnote:
- Asbabun wurud Hadis Ghadir Khum
1. Rasulullah S.A.W menghantar Sariyyah (pasukan perang) yang diketuai oleh Saidina Ali untuk membuka wilayah di kawasan Yemen.
2. Apabila Sariyyah yang diketuai oleh Saidina Ali berjaya membuka wilayah berkenaan dan mendapatkan sejumlah harta rampasan perang, berlaku konflik dalam pembahagian harta rampasan perang.
3. Saidina Ali memerintahkan agar sesiapa yang memakai baju dari harta rampasan perang agar dilucutkan pakaian itu dan dipulangkan kepada harta rampasan perang untuk dibawa ke Madinah dan diagihkan oleh Rasulullah S.A.W
4. Namun, Saidina Ali sendiri mengambil seorang Jariyyah (hamba perempuan) dari harta rampasan perang tersebut dan bersetubuh dengan Jariyyah itu.
5. Sekumpulan askar tidak puas hati dengan tindakan Saidina Ali ini dan melaporkan kepada Rasulullah S.A.W.
6. Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa Saidina Ali berhak ke atas hamba perempuan tersebut, kerana Ahl Bayt berhak ke atas 1/5 dari harta rampasan perang
7. Namun masih ada desas-desus dari Golongan yang tidak suka dengan Saidina Ali ini
8. Selesai Rasulullah S.A.W pulang dari Haji Wada', Baginda dan Jemaah Haji dari Madinah yang sedang pulang ke Kota Madinah singgah di Ghadir Khumm untuk beristirehat;
9. Rasulullah S.A.W menggunakan peluang ini untuk membersihkan nama Saidina Ali dan memuliakan beliau kepada Orang-orang Madinah yang masih tidak puas hati terhadap isu pembahagian harta rampasan perang, dan menyebut hadith Ghadir Khumm yang terkenal itu.
Antara moral kisah ini yang mana Asatizah lain terlepas pandang adalah menggunakan kisah ini sebagai hujjah dalam poligami.
Orang-orang liberal mengutuk Rasulullah S.A.W kerana Baginda melarang Saidina Ali berkahwin dengan puteri Abu Jahal. Mereka mengutuk Rasulullah S.A.W., kononnya Rasulullah S.A.W hypocrite (Nauzubillah) kerana melarang Saidina Ali mengamalkan poligami walhal Baginda sendiri berpoligami.
Kisah Ghadir Khumm ini menguatkan lagi hujjah bahawa Rasulullah S.A.W melarang Saidina Ali berkahwin dengan Puteri Abu Jahl bukan kerana Baginda melarang Saidina Ali untuk berpoligami, tetapi Baginda hendak menjaga hati Fatimah Az-Zahra yang banyak melihat Bapanya Rasulullah S.A.W sendiri disakiti oleh Abu Jahl dahulu.
Namun walaupun Baginda melarang Saidina Ali berkahwin dengan Puteri Abu Jahl, Baginda Rasulullah S.A.W tidak melarang Saidina Ali untuk mengambil seorang Jariyyah (hamba perempuan) dari harta rampasan perang.
Ini menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W tiada masalah sebenarnya jika Saidina Ali hendak berpoligami, kerana Baginda tidak melarang Saidina Ali bersetubuh dengan Jariyyah, cuma Baginda melarang Saidina Ali berkahwin dengan Puteri Abu Jahl untuk menjaga hati Fatimah Az-Zahra.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.