Search This Blog

Hubungan umat Islam dengan Non-Muslim





Al-Quran menjelaskan kedudukan Islam mengenai hubungan diantara orang Islam dan bukan Islam dengan amat terperinci dalam Surah Al-Mumtahanah ayat 8 dan 9 yang bermaksud:

"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."


"Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (QS 60: 8-9)

Ungkapan 'Allah SWT tidak melarang kamu' dalam ayat ini bermaksud umat Islam perlulah hidup secara harmoni dan sejahtera bersama dengan dengan mereka yang belum Islam selagi mereka tidak memusuhi, menzalimi atau mengusir kamu dari kampung halaman anda. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri." (QS 29:46)

Bukan sahaja umat Islam perlu hidup secara harmoni dan sejahtera bersama Non-Muslim tetapi kita juga perlu berurusan dan berinteraksi dengan mereka secara toleransi dan adil. Kita dilarang mengungkit perkara2 yang sensitif dan menggunakan bahasa yang kasar terhadap mereka.



Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.