Search This Blog

Hukuman Prasangka keatas Siti Noor Aishah Atam



Bahaya hukum dengan pra-sangka. Maksud pra-sangka adalah menyangka (meramal) sesuatu keputusan sebelum ia berlaku atau sebelum mengetahui fakta yang relevan mengenai perkara tersebut. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, kerana sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa...” (QS 49:12)

Inilah apa yang berlaku kepada Siti Noor Aishah Atam. Atas nasihat pra-sangka Zamihan, pihak berkuasa telah menahan Aishah dalam penjara mengikut Seksyen 30(1) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), kerana beliau memiliki 12 naskah buku yg kononnya berunsurkan keganasan.

Pada 22 Mac 2016, sepasukan polis Bahagian Counter-Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman, lengkap bersenjata berat M-16, menyerbu kediaman Siti Noor Aishah di Dungun, Terengganu.

Aishah kemudiannya dibawa ke IPD Dungun, sebelum dihantar ke pusat tahanan yang dirahsiakan lokasinya selama 28 hari. Bilik tahanan itu sempit, tidak bertilam dan bantal, lampu dibuka 24 jam sehari. Setiap hari, Aishah akan disoal siasat selama 12 jam. Itulah rutin yang dijalani sepanjang 28 hari.

Tamat tempoh reman 28 hari, Aishah di bawa ke Mahkamah Majistret Kemaman, pada 19 April 2016, dan dituduh dibawah Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan kerana dikatakan memiliki buku-buku berunsur keganasan yang berkaitan dengan kumpulan pengganas.

Aishah ditahan di Penjara Pengkalan Chepa selama lebih dari sebulan, kemudian dipindahkan ke Penjara Kajang selama hampir 5 bulan. Sepanjang perbicaraan berlangsung, Aishah tidak dibenarkan untuk diikat jamin. Itu adalah prosedur di bawah SOSMA.

29 September 2016, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Sharif Abu Samah, memerintahkan supaya Siti Noor Aishah dibebaskan. Datuk Mohamad Shariff secara tegas mengarahkan supaya Siti Noor Aishah dibebaskan dan tidak ditahan semula.

Hal ini kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa buku-buku yang dimiliki oleh Siti Noor Aishah itu telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Malah, buku-buku tersebut masih tidak diharamkan sehingga hari ini!

Siti Noor Aishah ditahan semula dibawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) disaat beliau keluar dari mahkamah. Kali ini, Aishah dituduh mengimport bendera ISIS ke dalam Malaysia. Tapi buktinya? TIADA.

Aishah telah ditahan lebih dari sebulan di dalam solitary confinement di bawah POCA. Kini Aishah ditahan di Penjara Kajang, sehinggalah perbicaraan selesai. Inilah bahaya SOSMA dan POCA yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Bagaimana mungkin orang yang seperti Zamihan yang kredibilitinya dipertikaikan di pelbagai sudut termasuk tesisnya, boleh ambil sebagai rujukan kes? Seorang wanita ditahan dan diseksa sebegitu rupa? Semua dakwaan adalah tanpa bukti yang hanya bersifat prasangka.

Aishah telah dihukum sebelum beliau melakukan kesalahan. Beliau telah dituduh sebagai penganas sebelum dia melakukan keganasan. Adakah membaca beberapa naskah buku yang tiada larangan di Malaysia merupakan suatu bentuk keganasan?

Bukankah ini suatu hukuman yang bersifat prasangka? Mereka yang berpihak kepada Zamihan menghukum Aishah sebagai penganas kerana membaca buku yang kononnya mengunsurkan keganasan.

Kalau ikut otak Zamihan tu, buku Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim yang telah menjadi rujukan utama para ilmuwan Islam pun dikategorikan sebagai buku penganas. Mufti Menk, Yusuf al-Qaradawi, Mufti Wilayah Zulkifli al-Bakri dan ramai lagi turut menjadi mangsa si Zamihan tu.

Kalau salah, bicaralah dengan adil kerana setiap orang ada hak untuk dibicarakan secara adil. Janganlah berhukum dengan tuduhan yang bersifat prasangka. Al-Quran juga telah menyebut, kebanyakkan prasangka itu adalah dusta yang berdosa...


Wallahu'alam



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.