Search This Blog

Tools of Ijtihad: Qiyas (analogy deduction)



Qiyas menurut ulama usul bermaksud menyamakan sesuatu yang tidak ada nash hukumnya dengan sesuatu yang ada nash hukumnya kerana adanya persamaan illat (similarity in reasoning).

Ia adalah proses (Ijtihad) berasaskan analogi daripada ayat Al-Quran dan Sunnah atau perintah yang telah diketahui untuk perkara-perkara baru. Qiyas menetapkan suatu hukum suatu perkara baru yang belum ada pada masa sebelumnya berasaskan perkara terdahulu yang memiliki kesamaan dari segi illat, sebab, manfaat, bahaya dan berbagai aspek lain sehingga dihukumi sama.

Sebahagian besar para ulama fiqh dan para pengikut madzhab yang empat sependapat bahwa qiyas dapat dijadikan salah satu dalil atau dasar hujjah dalam menetapkan hukum dalam Islam.

Para ulama bersepakat bahwa Allah SWT membentuk hukum dengan tujuan untuk kemaslahatan (kebaikan) hamba-hamba-Nya. Kemaslahatan itu adakalanya dalam bentuk mengambil manfaat (maslahah) dan adakalanya dalam bentuk menolak keburukan dan bahaya (mafsadah). Kedua-dua hukum ini merupakan tujuan terakhir dari pembentukan hukum qiyas yang disebut hikmah hukum.

Rukun Qiyas ada empat, iaitu:

i) usul dalil - masalah utama (al-ashl)
ii) hukum asal
iii) furu' - masalah cabang sahaja
iv) illat


Contoh penggunaan Qiyas - misalnya jual beli ketika solat jumaat (QS 62:9), seperti yang disebutkan dalam al-Quran sebagai dalil utama (al-ashlu).

- lalu al-far’u-nya (cabang) adalah perniagaan sewa atau gadai (tidak tercantum dalam Al-Quran dan Hadis).

- hukum asal jual beli ketika solat jumaat adalah haram.

- as-sabab atau alasan (illat) hukumnya kerana melalaikan kewajipan solat jumaat.

- oleh itu, perniagaan sewa atau gadai setelah diqiyaskan kepada hukum asal jual beli ketika solat jumaat, maka ia menjadi haram.


Contoh qiyas:

1) Setiap minuman & makanan yang memabukan disamakan dengan khamar, illatnya sama-sama memabukan. Maka ulama usuli turut mengharamkan salah guna dadah untuk khayal.

2) Harta anak wajib dikeluarkan zakat disamakan dengan harta dewasa. Menurut pendapat mazhab syafeii kerana sama-sama dapat menolong fakir miskin dan menyumbang kepada kebajikan Islam

3) Merokok memudhoratkan kesihatan yang diqiyas dari ayat Quran:

“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan."(QS 2:195)

4) Hukum sentuhan anjing adalah najis maka khinzir juga adalah najis dan perlu disertu jika bersentuhan.

5) Segala adalah harus dalam perkara muamalat sehingga ada dalil larangannya. Ini adalah qiyas dari ayat al-Quran yang bermaksud:

"Dialah (Allah), yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu..." (QS 2:29)

(rujuk: Perbezaan diantara illah dan hikmah)


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.