Search This Blog

Adab-adab bercakap dalam Islam



Ini adalah 20 adab-adab dan kaedah bagaimana seorang Muslim patut bertutur apabila bercakap. Kita diajar di dalam al-Quran, adab2 dan cara2 bagaimana seorang Muslim patut bertutur apabila bercakap...

1) Bercakap dengan ikhlas (speak sincerely)

"Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."(QS 61:3)

2) Bercakap kosong yang sia-sia (speak not in vain)

"Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia." (QS 23:3)

3) Bercakap benar dan tepat (speak straight)

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara)."(QS 33:70)

4) Bercakap jujur (speak the truth)

"...dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya)..."(QS 3:17)

5) Sentiasa bercakap jujur dan benar walaupun (speak truthfully even if it's against yourself or your parents

"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu."(QS 4:135)

6) Berkata secara adil (speak justice even if it's against your relative

"...dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa bersaksi) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu)..."(QS 6:152)

7) Bercakap secara lemah-lembut (bersopan) walaupun terhadap firauh(speak gently even to the pharaoh)

"Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya (firaun), dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".(QS 20:44)

8) Jangan berdusta (speak no lie)

"...jauhilah perkataan yang dusta." (QS 22:30)

9) Guna perkataan yang baik dan beradab (speak kindly)

"...dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat."(QS 2:83)

10) Beradab dan bersopan semasa bercakap (speak fairly even to beggars)

"Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka (orang2 yg memohon bantuan), kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati."(QS 17:28)

11) Jangan menghina atau mencaci (speak no insult)

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka..."(QS 49:11)

12) Jangan tengking dan sergah semasa cakap, lebih2 lagi terhadap ibubapa (speak graciously to parents)

"...janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka (ibubapa), tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (QS 17:23)

13) Bersopan dan beradab walaupun bercakap dengan musuh (speak politely even to the enemy)

"Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran)..."(QS 17:53)

14) Merendah diri terutamanya terhadap orang jahil (speak in humbly even to ignorant people)

"Dan hamba-hamba Ar-Rahman, ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini."(QS 25:63)

15) Memberi ampun kepada orang yang pernah tersilap salah terhadap kita (speak in forgiveness even to people who had wronged you)

"...hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu?"(QS 24:22)

16) Memberi ucapan hormat dan beri salam (speak in respect by returning greetings)

"Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama)."(QS 4:86)

17) Bercakap dengan yakin (speak with courage)

"...berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Allah sebaik-baik pengurus".(QS 3:173)

18) Bertutur dengan hormat dan baik (speak nicely to parents, relatives, orphans, neighbors etc)

"...hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki."(QS 4:36)

19) Jangan mengumpat (speak no gossip)

"...janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?"(QS 49:12)

20) Jangan cakap pasal maksiat dan jangan ejek kebenaran Allah SWT (speak no sin)

"...apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain."(QS 4:140)

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.