Search This Blog

Part 29: Memahami Hukum Syariat dalam Islam (hukum umum dan hukum khusus)




Hukum taklifi adalah hukum umum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada setiap umat Islam yang mukalaf. Ia adalah arahan dari Allah SWT berkaitan dengan perbuatan mukalaf samada berbentuk permintaan, pilihan, atau wadhie. Hukum Taklifi mengandungi 5 hukum iaitu, Wajib, Haram, Makruh, Harus dan Sunat.

Hukum khusus pula adalah hukum yang bergantung kepada kemampuan dan keadaan seseorang itu. Allah SWT tidak memaksa umatNya melakukan sesuatu ibadah melainkan dalam kemampuannya sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

"Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..." (QS 23:62)

Ramai dikalangan umat Islam yang suka menghukum tanpa memeriksa kemampuan dan keadaan seseorang itu terlebih dahulu. Tidak kurang juga yang suka mengambil fatwa purba/kuno untuk diapplikasikan dalam hidup harian mereka walaupun kandungan maksud dalam fatwa tersebut telah tidak revelant lagi pada zaman ini. Begitu juga dengan perkara yang mempunyai khilaf diantara pendapat ulama yang mungkin tidak diketahui oleh kita.

Contohnya, seorang muslimah dari Malaysia yang telah berhijrah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran. Semasa beliau berada di Malaysia, auratnya sentiasa dijaga dan hijabnya sentiasa rapi. Apabila beliau telah berhijrah ke sana, dia tidak lagi memakai hijab dan auratnya terdedah. Boleh tak kita hukum dia berdosa dan fasik?

Sudah tentulah tak boleh sebab kita tidak tahu keadaan muslimah itu dan uruf setempat disana. Jika tempat yang muslimah hijrah itu ialah Perancis (France), maka memakai tudung adalah haram disisi Islam kerana nyawanya terancam akibat islamophobia penduduk tempatan disana. Dalam keadaan sebegini, biasanya mufti di kawasan tersebut akan mengeluarkan satu fatwa mengharamkan pemakaian purdah dan tudung yang berdalilkan:

"Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan..." (QS 94:5) - Qawaid al Fiqhiyyah - al-Mashaqqat tujlab al-taysir - Kesulitan atau kesusahan disertai dengan kemudahan. (Hardship begets facility)

Si Minah Rosmah (tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia) yang menetap di Malaysia pula terserempak dengan fatwa mufti Perancis itu tanpa mengetahui asal usulnya. Dia pun menggunakan pendapat fatwa tersebut dalam kehidupan hariannya. Apabila ditanya mengapa dia tidak menutup aurat, dia kata dia ikut pendapat mufti ini itu. Inilah satu permasalahan yang kerap kita temui di kalangan umat Islam di Malaysia.

Baru-baru ini pula terdapat sekumpulan penganas yang menggunakan fatwa yang dikeluarkan semasa peperangan oleh ulama silam untuk kegiatan jenayah mereka kerana kejahilan mereka dalam ilmu Islam. Apa yang pelik ialah, terdapat juga sekumpulan ustaz dan pihak berkuasa yang bersetuju dengan penggunaan fatwa2 purba tersebut (oleh penganas itu) dan telah menuduh ulama2 silam sebagai terrorist.

Inilah masalahnya jika seseorang itu tidak mempunyai ilmu manhaj usul al-fiqh dan maqasid syariah. Mereka akan terus hukum dengan membabi buta tanpa mengetahui sebab sebenar pengeluaran fatwa2 tersebut. Mereka tidak akan menilai sesuatu keadaan berdasarkan kemaslahatan dharuriyat sebagaimana yang dituntut dalam ilmu maqasid syariah. Orang2 sebegini hanya akan merosakkan imej baik Islam.

Oleh itu, berusahalah bersungguh2 untuk memahami dan menguasai ilmu2 Islam ini. Jadilah seorang Muslim yang memahami manhaj pensyariatan Islam dengan menguasai ilmu usul al-fiqh dan maqasid syariah. Janganlah biarkan anasir-2 jahat menyesatkan kita dan keturunan kita dari jalan yang benar dengan kejahilan mereka. Semoga Allah SWT lindungi kami dari kegelapan jahilia dan sentiasa diberi ketetapan iman dijalan yang benar, amin.


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.