Search This Blog

Part 27: Memahami Hukum Syariat dalam Islam (makruh tanzihi dan makruh tahrimi)





Makruh bermaksud perbuatan atau ucapan yang dibenci Allah SWT. Makruh ialah perkara yang dibenci tetapi tidak mendatangkan dosa dan akan dapat pahala jika ditinggalkan misalnya makan bawang putih sebelum solat jemaah. Jumhur ulama menganggap makruh itu hanya satu tetapi ulama mazhab Hanafi membahagikannya kepada dua, iaitu makruh tanzihi dan makruh tahrimi.


Makruh tahrimi ialah perkara yang dibenci dan mendatangkan dosa dan makruh tanzihi ialah makruh yang dipegang oleh jumhur ulama, iaitu tidak mendatangkan dosa jika dilakukan. Para ulama Hanafi juga telah membezakan hukum fardhu dengan hukum wajib, dimana jumhur ulama mazhab lain menyamakan perkara fardhu dan perkara wajib.


Ini adalah kerana para ulama mazhab Hanafi risau telah menghalalkan atau mengharamkan sesuatu atas nama Allah SWT sebagaimana firmanNya yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta 'ini halal dan ini haram', untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah..." (QS16:116)


Menurut ulama feqah Hanafiyyah, maksud makruh tahrimi adalah perkara yang dilarang oleh syariah dengan larangan yang pasti (haram) tetapi tiada penjelasan yang jelas dan terang dari sumber yang Qati'. Hukum wajib pula bermaksud sesuatu perkara yang amat dituntut oleh syariah tetapi berdasarkan dalil yang zanni atau tiada penjelasan yang terang dari sumber Qati'.


Perbezaan diantara makruh tanzihi dan makruh tahrimi ialah makruh tanzihi lebih dekat dengan hukum harus manakala makruh tahrimi lebih cenderung kepada hukum haram. Begitu juga hukum wajib yang lebih dekat dengan hukum harus manakala hukum fardhu adalah ketetapan yang telah diwajibkan oleh Allah SWT.


Contohnya, hukum solat witir dalam mazhab Hanafi adalah wajib kerana Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya tetapi tiada sokongan dari dalil yang Qati untuk menghukumkannya sebagai fardhu. Contoh lain adalah makan dengan tangan kiri, memegang kemaluan dan cebuk dengan tangan kanan yang telah dihukum sebagai makruh tahrimi kerana dalilnya dari sumber yang zanni (HR Bukhari #153, Muslim #602).


Inilah discipline yang telah diamalkan oleh ulama Hanafiyyah. Kaedah berhukum ini telah diamal oleh ulama2 kontemporari zaman ini seperti Dr Yusof al Qaradawi. Kaedah ini dapat menjaga keaslian hukum syarak Islam dari mulut manusia yang sesuka hati mengistinbatkan hukum atau mengeluarkan fatwa tanpa dalil yang sahih dari sumber yang Qati.


Rujuk: http://kurauking.blogspot.my/2016/08/part-28-memahami-hukum-syariat-dalam.html


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.