Search This Blog

Part 23: Memahami Hukum Syariat dalam Islam (istilah2 Usul al-Fiqh - 1)





1) Al-Quran - kalam Allah SWT yang tidak dicipta (bukan makhluk) yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW memalui Jibrail as.

- Mushaf al-Quran (collection/compilation into a book) - mushaf (plural suhuf) adalah pengumpulan ayat2 pendek yang dibukukan kepada satu kitab. Wahyu Allah SWT telah diturunkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa 23 tahun kepada Nabi Muhammad SAW memalui Jibrail as. yang dihafal dan dicatit/ditulis oleh para sahabat. Ia hanya dikumpulkan dan dibukukan dalam bentuk sebuah kitab selepas kewafatan Nabi SAW sepertimana yang digunakan oleh kita pada hari ini.

2) As-Sunnah - segala sesuatu yang bersumber dari Nabi SAW dalam bentuk qaul (ucapan), fi’il (perbuatan), adab, akhlak, perilaku, sifat tubuh, taqrir (penetapan), tasyri’ (pembentukan undang2) bagi ummat Islam yang disebut dalam matan hadith yang sahih.

3) Ijtihad - methodologi penyelidikan secara teliti dengan menggunakan teori2 fiqh seperti qiyas, maslahah, istihsan, sadd al-dhara'i dll untuk mengistinbatkan hukum atau menghasilkan fatwa keatas sesuatu permasalahan yang tiada keterangan yang jelas dari sumber yang qati al-tsubut.

4) Mujtahid - seorang ulama fakih yang layak melakukan ijtihad. Mujtahid mutlak seperti imam Hanifah, imam Malik, imam Syafi'i, imam Ahmad bin Hanbal mempunyai formula methodologi ijtihad yang tersendiri. Perbezaan methodologi ijtihad inilah yang membezakan mazhab2 yang wujud dalam Islam.

(sila rujuk: http://kurauking.blogspot.my/…/part-11-memahami-hukum-syari…)

5) Fiqh - bidang ilmu yang berkaitan dengan hukum hakam Islam (syarak Islam).

6) Usul al-Fiqh - manhaj atau methodologi ijtihad para ulama mujtahid.

(sila rujuk: Usul al Fiqh - http://kurauking.blogspot.my/…/part-10-memahami-hukum-syari…)

7) Fakih (plural fuquha) - para ulama yang pakar dalam bidang fiqh.

8) Mazhab (school of thought) - sekumpulan atau segolongan orang yang mempunyai persamaan pemikiran dalam bidang fiqah. Dalam Islam aliran Ahli Sunnah Wal Jemaah mempunyai 4 mazhab muktabar iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hanbali. Feqah 4 mazhab muktabar menjadi ikutan semua penganut Islam ASWJ seluruh dunia pada hari ini.

9) Taklid - meniru atau mengikut feqah para ulama mujtahid. Orang umum yang mengikut feqah mazhab muktabar digelar muqallid.

10) Talfiq - berpindah-pindah mazhab. Mengambil pendapat feqah dari para ulama mujtahid yang berlainan mazhab atau banyak mazhab dalam satu permasalahan agama.

11) Qati - nas yang pasti, jelas dan terang yang tidak mempunyai sebarang keraguan. Ia terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu:

12) Zanni - nas yang kurang diyakini, tidak pasti dan kurang jelas yang mempunyai keraguan.

(rujukan Qati dan Zanni sila ke: http://kurauking.blogspot.my/…/part-2-memahami-hukum-syaria…)

13) Syariat Islam - peraturan atau hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke jalan yang benar baik di dunia ini maupun di akhirat. Ia juga merupakan solusi dan panduan penyelesaian seluruh masalah kehidupan manusia yang berasaskan al-Quran dan hadith sahih (juga melalui ijtihad para ulama jika ada keperluan terutamanya pada nas zanni dan permasalahan baru)

14) Hadith - khabar atau peristiwa yang berkaitan dengan Rasulullah SAW baik dari segi perkataan (sabda), perbuatan, ketetapan peraturan, persetujuan (taqrir) dll.

(sila rujuk: http://ilmuislamuallaf.blogspot.my/…/mustolah-hadis-hadith-…)

15) Muhadithin - para ulama yang pakar dalam bidang hadith.

(bersambung...)

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.