Search This Blog

Takwa



Terdapat segelintir Muslim di Malaysia ni pelik. Setahu saya, jika seseorang itu tidak cukup takwa terhadap tuhannya, mereka hanya akan rasa malu dan menyalahkan kesalahan itu pada diri mereka sendiri sahaja.

Tetapi golongan Muslim di Malaysia yang pelik ini pula akan mengecam dan menindas orang lain jika takwa mereka tak cukup. Contohnya, jika seorang Muslim di Malaysia sedang berpuasa dalam bulan Ramadhan dan terlihat seorang non-muslim (atau seorang musafir/muslimah yang uzur) tengah makan, mereka tidak akan meninggikan ketakwaan dirinya terhadap Tuhan dan berjihad dengan nafsunya sendiri tetapi akan marah dan mengecam mereka yang tak puasa itu agar berhenti makan dan beredar dari situ.
Kita perlu ingat bahwa maksiat akan sentiasa berada dimana-mana saja yang kita pergi, maka kitalah yang perlu sentiasa meningkatkan ketakwaan kita terhadap Allah SWT, lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan kemaksiatan, dan bukan sebaliknya dengan memaksa dan menindas mereka yang lemah iman agar memberi laluan kepada kita.

Ini adalah sikap buruk seorang 'big bully' yang tidak pernah diajar dalam Islam. Kita sebagai seorang Muslim berpuasa kerana nak melatih dan berjihad dengan nafsu diri kita sendiri agar dapat meningkatkan ketakwaan kita terhadap Allah SWT.

Apabila kita diuji dengan kemaksiatan, kita tidak boleh memaksa orang lain hormat dan angkur kepada kita tetapi diri kita sendirilah yang perlu mendidik dan berjihad dengan nafsu diri kita agar sentiasa bertakwa kepada Allah SWT dan mendapat keredhaanNya.

Perkataan takwa berasal dari kata 'waqa-yaqi-wiqayah' yang bererti memelihara dan menjaga diri agar selamat dunia dan akhirat dengan melaksanakan segala perintah Allah SWT, serta menjauhi larangannya dan bukan sebaliknya dengan memaksa dan menindas orang lain agar memberi laluan dan menerima pendirian kita.

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Agama itu nasihat". (HR. Muslim no. 55/95). Oleh itu, menasihatilah mereka yang lemah iman itu dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan serta kesabaran agar mereka yang kurang fahaman ini tidak akan membenci dan menyalah-fahami agama Islam yang mulia ini.


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.