Search This Blog

Apa akan terjadi jika Muslim tidak memahami Maqasid Syariah?



Seorang ustaz dari Aswaja telah berhukum bahwa baju yang terkena gulai/kuah/rendang daging ayam/lembu akan membatalkan solat kerana ia adalah najis yang boleh dimakan tetapi tidak boleh dibawa dalam solat. Betul ke?

Persoalannya ialah, apakah hukum darah haiwan dalam Islam? Jika kita meneliti firman Allah SWT dalam al-Quran, Surah al-An'am ayat 145 yang bermaksud:

“Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaKu, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi – kerana sesungguhnya semua itu kotor." (QS 6:145)

Terdapat perbezaan pendapat (khilaf) diantara para ulama mengenai hukum najis terhadap darah haiwan. Akan tetapi, jumhur ulama bersetuju bahwa darah yang tidak mengalir, hukumnya adalah suci (bukan najis). Hanya darah yang mengalir sahaja hukumnya adalah najis.

Oleh itu, apakah 'maqasid' (tujuan atau objective) syariat yang mengharamkan makan/minum darah yang mengalir dalam Islam? Mengapa Muslim tidak dibenarkan untuk makan atau minum darah yang sedang mengalir?

Pada zaman Rasulullah SAW, minum darah haiwan seperti unta, kuda ataupun binatang ternakan adalah suatu perkara yang biasa dan lazim bagi orang2 arab. Mereka akan mematahkan kepala anak panah dan terus cucuk kat tengkuk binatang itu dan membiarkan darah mengalir ke dalam bekas takungan.

Setelah memperolehi darah tersebut, mereka akan menampal luka di tengkuk binatang itu dengan getah pokok untuk menghentikan pengaliran darah tersebut. Apabila terlalu lazim mengambil darah dari seekor binatang yang sama, binatang itu akan jatuh sakit dan mati. Ini adalah sesuatu perkara yang zalim dalam mata Islam.

Sama seperti syariat yang mengharamkan pemakanan bangkai. Bangkai bermaksud binatang yang tidak disembelih mengikut cara Islam. Pada zaman jahilia arab, terdapat berbagai2 kaedah yang teramat zalim untuk menyembelih binatang. Diantaranya seperti mencekik, memukul, tolak bawah gaung dll sebagaimana yang disebut dalam Surah Ma'idah ayat 3.

Islam melarang keras kezaliman keatas binatang. Oleh itu, Allah SWT telah menurunkan syariat yang mengharamkan makan bangkai dan darah yang mengalir. Inilah 'maqasid' atau tujuan dibelakang pengharaman ini. Islam adalah agama yang menyeluruh yang meliputi segala-galanya, termasuklah binatang, serangga, ikan, burung dan segala yang wujud dalam alam ciptaan Allah SWT.

Tujuan saya menulis article ini bukanlaqh untuk mempertikaikan fatwa yang dikeluarkan oleh ustaz dari Aswaja itu. Ia terpulang kepada kamu, nak ikut boleh, tak nak ikut pun tak apa kerana ia adalah perkara khilaf diantara ulama.

Walau bagaimanapun, saya ingin menegaskan bahwa, jika seorang Muslim dapat menguasai ilmu Maqasid Syariah, mereka akan berlapang dada apabila menghadapi perkara khilaf seperti ini. Dan apa yang penting ialah, janganlah kita berbalah sesama Muslim dalam perkara khilafiyyah dan furu'. Kita mesti bersatu dan berpegang teguh ajaran murni ini sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT:

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai..." (QS 3:103)

"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."(QS 8:46)

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.