Search This Blog

Usul Fiqh - Qawaid al Fiqhiyyah




Hukum syarak secara amali ialah perkara yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf, seperti solat, puasa, zakat, jual beli dan jenayah. Dalam syarat amali ini ialah setiap yang bersangkut paut dengan perkara ibadat dan muamalat.

Maka dalam konteks ini, apa-apa yang berkaitan dengan hukum-hukum iktikad (kepercayaan) seperti beriman dengan Allah SWT dan hari kiamat terkeluar daripada topik ini. Semua ilmu ini tidak dibahaskan dalam ilmu usul fiqh, kerana ilmu-ilmu ini dibincangkan dalam ilmu tauhid.

Usul fiqh adalah manhaj ilmu yang menghuraikan permasalahan hukum-hakam dengan menggunakan methodology para imam mujtahid dalam menetapkan hukum syara dari nas dan dalil yang berasaskan Al Quran dan As Sunnah.

Qawaid al Fiqhiyyah pula ialah kaedah-kaedah yang digunakan dalam Usul Fiqh oleh ulama2 Mujtahid dan ahli fatwa dalam usahanya untuk menyelesaikan masalah2 yang tidak disebutkan hukumnya dalam dalil-dalil Al Quran dan As Sunnah dalam permasalahan baru.

Qawaid al fiqhiyyah merupakan ilmu yang sangat penting kepada para mujtahid dalam berijtihad untuk menetapkan sesuatu hukum fiqh. Seseorang yang faqih dapat diukur kemampuannya melalui sejauh mana penguasaan ke atas qawaid al fiqhiyyah ini, kerana dengan kaedah ini mereka dapat memahami cara untuk mengeluarkan sesuatu fatwa.

Para ulama fuquha bersepakat dan menyenaraikannya lima kaedah fiqh umum iaitu:

(l) Setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat (al-umuru bimaqasidiha)


Goto: http://ilmuislamuallaf.blogspot.com/2014/12/qawaid-al-fiqhiyyah-legal-maxim-no-1.html



(2) Keyakinan tidak hilang dengan keraguan (al-yakin la yuzalu bil syak)


Goto: http://ilmuislamuallaf.blogspot.com/2014/12/qawaid-al-fiqhiyyah-legal-maxim-no-2.html



(3) Kesukaran membawa kemudahan (al-masyaqqatu tajlibu al-taisir)


Goto: http://ilmuislamuallaf.blogspot.com/2014/12/qawaid-al-fiqhiyyah-legal-maxim-no-3.html



(4) Kemudaratan hendaklah dihilangkan (al-dhararu yuzal)


Goto: http://ilmuislamuallaf.blogspot.com/2014/12/qawaid-al-fiqhiyyah-legal-maxim-no-4.html



(5) Adat (uruf) dijadikan perundangan (al-'adatu muhakkamah)


Goto: http://ilmuislamuallaf.blogspot.com/2014/12/qawaid-al-fiqhiyyah-legal-maxim-no-5.html



Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.