Islam mengajar kita menjalin hubungan baik diantara satu dengan yang lain agar kita dapat hidup dalam suasana yang baik dan sejahtera.
Saling hormat menghormati dan bertoleransi dengan perbezaan fahaman dan kepercayaan diantara satu sama lain amatlah dituntut dalam ajaran Islam.
Tujuan Allah SWT mencipta manusia dalam pelbagai kaum dan bangsa adalah untuk kita saling sayang menyayangi dan memelihara hubungan baik kita antara satu sama lain. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"...Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)..."(QS 49:13)
Diantara kaedah dan cara2 menjalin dan menjaga hubungan baik diantara manusia yang terdiri dari berbagai-bagai bangsa dan agama adalah dengan mempamerkan akhlak yang murni, menjaga adab, saling membantu dan tolong menolong sesama kita serta saling memahami kultural kehidupan dan kepercayaan memasing.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri". (QS 4:36)
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.