Rasulullah SAW ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah? Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!".
Kemudian beliau ditanya lagi, "Bagaimana jika apa yang disebutkan itu benar? Jawab beliau, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika hal itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (kebohongan besar)." ~ (hadith riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi)
Ghibah bermaksud menyebut keburukan orang lain walaupun benar dan ia bukan hanya tertakluk pada ucapan lidah sahaja, tetapi setiap perbuatan, isyarat, ungkapan, sindiran, celaan, tulisan atau segala sesuatu yang tidak disukai oleh yang tertuduh, walaupun benar.
Buhtan pula bermaksud memfitnah dan mengada-adakan keburukan seseorang yang tidak benar. Ia direka dengan tujuan kepentingan diri untuk menjatuhkan reputasi seseorang itu. Orang yang mendengar dan menyebarkan ucapan ghibah dan bhutan juga turut memikul dosa yang sama dengan si penuduh.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat." ~ (hadith riwayat Muslim)
Islam mengharamkan dan melarang ghibah dan bhutan kerana ia boleh mengakibatkan kezaliman yang akan memutuskan ukhuwah, menimbulkan permusuhan, tersebar aib, merosakan rumahtangga dan keamanan negara.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.