Search This Blog

Dakwah



Dakwah ertinya mengajak, menyeru, menyampaikan nasihat kepada manusia supaya beriman kepada Allah SWT. Salah satu daripada cara berdakwah kepada mereka yang belum Islam ialah dengan mempamerkan akhlak yg mulia. Apabila mereka melihat keindahan akhlak seorang muslim, maka mereka dengan sendirinya akan tertarik kepada Islam.

Sebagai seorang Muslim, kita harus ingat bahwa kewahipan kita adalah menyeru manusia agar beriman dengan Allah dan apa-apa yang telah dibawa oleh para RasulNya dan bukannya merendah-rendahkan atau menghina agama mereka yang bukan Islam.


Mencerca dan menghina agama dan kepercayaan mereka mendorong mereka melakukan tindak balas dengan menghina Islam dan Allah SWT serta para RasulNya. Firman Allah dalam surah Al-An’am ayat 108:

"Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.
(QS 6:108)

Ibnu Abbas berkata, orang-orang musyrikin Mekah berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w; “Berhentilah daripada menghina tuhan-tuhan kami ataupun kami akan menghina Tuhan kamu”. Maka Allah SWT menurunkan laranganNya ini.

As-Syaukani berkata dalam tafsirnya “Fathul Qadir” (Jilid 2, m/s149) ketika menafsirkan ayat ini, “ ayat ini menjadi dalil bahawa penyeru kepada kebenaran dan pencegah kebatilan, apabila bimbangkan perbuatan menghina agama orang lain menyebabkan tindakan yang melampau sebagai balasannya, maka hendaklah dia meninggalkan penghinaan itu, bahkan wajib!

Oleh itu, berdakwahlah dengan hikmah, seperti mana yang dinyatakan dalam Al Quran, Surah An-Nahl ayat 125, yang bermaksud:

”Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik..."(QS 16:125)


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.